Advertlets.com

Putting the ‘bling’ in ‘blogging’

Terima Kasih Kerana Menjayakan Rumpun 07!

Rumpun 07

Terima kasih kerana sudi datang! Kehadiran anda telah menjayakan acara tersebut kerana sudi memeriahkan Rumpun ‘07!

Walaupun hanya beberapa jam sahaja yang telah berlalu, beberapa saudara telahpun menulis tentang acara ini, kamu boleh tengok di sini:

Hafreze.com - Rumpun ‘07.
NoorizamShah - Himpunan Rumpun ‘07 Projek PCmalaya.com dan Sponsor dari Advertlets.com
Ikhwan Nazri - Rumpun ‘07
Vangardx - Gathering Blogger Melayu
Iced Nyior - Rumpun Gathering
Farid Zenon - RUMPUN 07
Mixterr - Thanks To Rumpun ‘07
InfoMalaya - Rumpun 2007 berjalan lancar!
Robotys - Rumpun 07
Quaiyum - Rumpun 07
Mirakimura - rumpun 2007
Omar Bahrin - Imbasan Rumpun ‘07
FahmiMahat - RUMPUN 2007
StarStreet - Rumpun 2007 Anjuran Advertlets & Infomalaya
MohdIsmail - Rumpun 2007 Rangkuman Pantas
MohdIsmail - Aku Perjalanan Penuh Sejarah Sesuatu

Kalau kamu telah menulis post juga atau ambil gambar, jangan segan, sila beritahu kita URL anda melalui ruang komen. Saya tengok ketika itu ada banyak mamat bawa kamera, kalau takde blog boleh e-mail saya juga, kita semua nak tengok lebih gambar wei!

MohdIsmail: Semoga bas balik ke Penang tak rosak, dan perjalanan selesa dan selamat!
Hafreze: Akak cun tu ialah Nora Elina yang riang dan terkenal :)

Blogger-Blogger Melayu Sekalian: Mari Kita Rumpun Dengan Muhibbah Bersama Advertlets!

Advertlets presents Rumpun 07!Apakah Rumpun? Rumpun ‘07 adalah satu akitiviti santai yang akan menemukan para penggiat aktiviti berasaskan internet. Dengan matlamat untuk menemukan mata dengan mata antara semua yang selama ini hanya kenal melalui papan kekunci & tetikus. weRumpun 2007 adalah pembuka tirai kepada aktiviti-aktiviti yang akan datang. Untuk edisi sulung ini, kami tampil’kan konsep santai.

Apakah Advertlets? Advertlets adalah sebuah media pengiklanan generasi baru yang kool! Terima kasih kepada Advertlets yang sudi menaja Rumpun 2007 supaya kita semua dapat menikmati teh tarik, teh ‘o’ ais, tongkat ali plus atau apa-apa yang menjadi kegemaran di’sana nanti. Jika kalian belum mengenal Advertlets, ada baik’nya kalian melawat mereka dan lawatan kalian tidak akan di’kenakan bayaran sama sekali, Advertlets malah akan hulur’kan duit. Kerna itulah, Advertlets kool!

Translasi Lebih Senang: Jom datang mamak beramai-ramai, berkumpul dengan blogger blogger Melayu! Advertlets akan belanja minum wei!

Syarat: Ini terbuka kepada semua blogger di seluruh Malaysia (di Singapura atau Indonesia pun boleh turut serta!) yang menulis blog dalam Bahasa Malaysia, bukan untuk mereka yang berkaum Melayu sahaja. Walaupun begitu, tengoklah senarai kehadiran Rumpun - janganlah biarkan saya seorang Cina Beng sahaja yang di sana! :) Sertailah kami, dan menyaksikan aksi aksi menarik para blogger BM! Tentu heboh wei!

Sila lawati www.happypeoplemedia.com/rumpun untuk butiran yang selanjutnya.

Tukar balik kepada Bahasa Inggeris: By the way, “rumpun” means “clump”, like “gather” not grass, which is “rumput” :) The picture is intentionally to confuse you, I think. Haha.